Allah telah menciptakan kaum hawa dengan seribu satu keindahan. Malah, untuk melengkapkan keindahan itu, di kurniakan pula kepada mereka berbagai-bagai keistimewaan yang tidak terhingga dari segi dalaman mahupun luaran.secara disedari atau tidak, keistimewaan itulah yang sering kali kita eksploitaikan samada untuk kepentingan peribadi atau orang lain.
Sebenarnya berjuta-juta perkataan belum cukup untukmenceritakan dan mendefinisikan keindahan seorang wanita.Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan atas keindahan-keindahan itu.
Namun begitu, kecantikan bukanlah segala-galanya bagi seorang wanita.Walau secantik manapun wanita itu, ia masih belum dapat menjadi ukuran kepada kesempurnaannya.Kecantikan,walau serapi manapun dijaga,ia tetap akan pergi.Wajah yang sering ditatap di hadapan cermin, dibelai saban waktu, tetap akan suram dan berkedut apabila tiba waktunya.Kecantikan luaran hanya bersifat sementara, ia tidak akan kekal.Suatu yang tidak kekal akan tetap dimamah usia bila-bila masa saja.
Justeru,di manakah kecantikan sebenar seorang wanita?”Wanita adalah perhisan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.Rasulullah tidak menyebut wanita cantik, wanita cerdik atau wanita sahaja, tetapi seindah perhiasan.Ini bermakna ada nilai yang lebih utama pada diri seorang wanita selain dari kecantikan, kecerdikan dan kehebatannya.
Nilai yang istimewa itu tidak lain dan tidak bukan adalah KESOLEHAN wanita itu sendiri.Bagi lelaki yang bijak dan soleh, mencari wanita solehah adalah sukar, lebih sukar dari mencari intan berlian.Nilai di hati seorang wanita solehah adalah amat tinggi, wanita solahah adalah selamat hatinya, yang dapat menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.
Kecantikan dan kelembutan adalah termasuk dalam keistimewaan itu.Ketika menilik di hadapan cermin, seringkali tertanya-tanya “Dimana letaknya kecantikan seorang wanita pada diri kita?Mungkinkah pada sepasang mata hening beralis lentik yang selalu menjeling tajam kadang-kadang malu-malu memberi kerlingan manja?Atau boleh jadi pada bibir yang tidak pernah jemu menguntum senyuman semanis madu? Ataupun pada hidung mancung yang saban waktu menghidu haruman mawar-mawar indah di taman atau mungkin juga pada hilai tawa yang gemersik dan suara manja yang boleh melembutkan hati sekaligus menghangatkan perasaan?
No comments:
Post a Comment